Sunday 8 May 2011

Cara mengenali Rex yang asli


Untuk menentukan jenis arnab ada berbagai cara. Antara cara yang digunakan Musafir Arnab adalah dengan melihat saiz arnab tersebut. Ada 5 jenis saiz tubuh arnab, diantaranya jenis bertubuh padat dan kecil. Arnab jenis ini adalah kecil, pendek,ketot, dan sgt kiut. Arnab jenis ini sangat rugi kalu dibela untuk dagingnya. Hehehe....Antara jenis arnab yg termasuk dalam kelompok arnab bertubuh padat dan kecil adalah american fuzzy lop, english angora, jersey wooly, chinchilla, dutch, dwarf hotot, Havana, Holland lop, netherland dwarf, mini rex, polish, florida white. Arnab jenis Rex matang kebiasaanya adalah bersaiz sederhana dengan berat sekitar 3kg. Rex merupakan arnab yang sangat unik kerana mempunyai bulu seperti baldu dan sangat halus. Panjang bulunya adalah sekitar 6-10 mm.

Berikut merupakan beberapa gambar Rex asli





1 comment: